Majlis berbuka puasa & Majlis Khatam Al-quran

Majlis berbuka puasa bersama warga SMKTBT telah diadakan pada 1 Ogos 2013 yang lalu.  Majlis ini dinamakan PROGRAM IHYA RAMADHAN & MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ASRAMA PUSAT SMKTBT dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Kelab guru SMKTBT. Selepas berbuka puasa, majlis disusuli dengan sembahyang Magrib, Isyak dan Solat Sunat  Tarawikh dan diakhiri dengan Moreh.

Majlis Khatam Al-Quran pula dijalankan pada 2 Ogos 2013.Setelah selesai majlis khatam Al-quran ini, berlangsung penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan CABARAN KHATAM AL-QURAN, TAKBIR RAYA, BACAAN KHUTBAH, REKACIPTA KAD UCAPAN HARI RAYA dan kemuncaknya adalah hadiah kepada ANUGERAH LUQMANUL HAKIM & FATIMAH AZ-ZAHRA'.  Pihak sekolah juga memberi sumbangan kepada anak-anak yatim SMKTBT dan program pada hari tersebut diakhiri dengan sumbangan duit raya kepada SEMUA PELAJAR SMKTBT tanpa mengira kaum dan agama.

Tiada ulasan: