PROFIL


VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI 
INSAN TERDIDIK 
NEGARA SEJAHTERA


MISI SEKOLAH


MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


MATLAMAT

·         Melahirkan bangsa Malaysia yang setia dan bersatu padu.
·         Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
·         Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
·         Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


LENCANA


Moto sekolah serta perkataan pada lencana sekolah bertepatan dengan cita-cita dan hasrat sekolah kearah kecemerlangan.

MOTO SEKOLAH ialah:

Lebih Bijak, Lebih Teguh, Lebih Baik
(Sapientius, Fortius, Melius)


Maksud yang tersirat pada lencana sekolah :
·         Tulisan huruf TBS yang hitam dan berlatarkan warna hijau menandakan nama dan warna 
         sekolah.
·     Komputer menggambarkan warga sekolah yang peka IT.
·     Bulan sabit melambangkan agama Islam.
·     Lambang buah padi mencerminkan pencapaian akademik dan bukan akademik.
·     Obor melambangkan kegigihan yang membara.

PIAGAM PELANGGAN

SEK. MEN. KEB. TUNKU BESAR TAMPIN

        Kami warga Sek. Men. Keb. Tunku Besar Tampin dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk:


1.   Berusaha dengan sedaya upaya memberi perkhidmatan pendidikan yang memuaskan kepada anak-anak didik kami.

2.  Dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran yang serius kami akan hubungi ibu bapa dalam tempoh tidak lewat 3 hari.

3.     Semua aduan diberi perhatian dengan segera dalam tempoh satu minggu atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

4.   Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap kes-kes kemalangan dan sakit dalam kalangan murid-murid .

5. Bersedia dan mengaturkan perbincangan dengan ibu bapa mengenai kemajuan pendidikan anak-anak mereka sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

6. Memastikan pada setiap tahun jadual waktu akan bermula pada hari pertama persekolahan. 

7. Memastikan ujian dan peperiksaan akan dilaksanakan tanpa kebocoran dan penyelewengan.

8.  Memastikan segala dokumen (resit) yang berkaitan dengan pembayaran pelbagai yuran dikeluarkan sebaik sahaja bayaran diterima.

     9.   Memberi layanan mesra dan perkhidmatan yang memuaskan kepada tetamu sekolah khasnya ibubapa.

    10.  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik dan ko kurikulum dan sahsiah pelajar.



Sekiranya anda kurang puas hati sila hubungi:

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMPIN
73000 TAMPIN.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Tel :06-4421430