AKTIVITI






INTERNATIONALISATION OF HOCKEY PROGRAMME

Pada 22 April 2013 yang lepas, telah berlangsung satu perlawanan hoki di antara  Pasukan Hoki SMK Tunku Besar menentang Pasukan Hoki Kings College New Zealand.  Setelah tamat perlawanan, mereka telah melawat Galeri Sekolah dan SMKTBT telah menyediakan jamuan kepada para tetamu ini.  Mereka dihidangkan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar SMKTBT dan Pasukan King College juga telah memberi persembahan daripada mereka sendiri. Keputusan perlawanan memihak kepada pihak lawan iaitu Kings College New Zealand.  Program peringkat antarabangsa ini secara tidak langsung merapatkan hubungan antara negara luar.

DRAMA BAHASA INGGERIS

Pada 9 April 2013, pasukan Drama Bahasa Inggeris SMKTBT telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang telah diadakan di STAR Gemas. Seorang peserta TBS telah dianugerahkan sebagai PELAKON TERBAIK iaitu Praveena Subramaniam sebagai Rebecca


PESTA MUZIK SEKOLAH MENENGAH DAERAH TAMPIN 2013

Telah berlangsung Pesta Muzik bertempat di SMK Tunku Besar pada 16 April 2013 dengan pelbagai pertandingan menarik seperti koir, nyanyian solo, tarian, kompang formasi, puisi & lagu. SMKTBT telah berjaya menjadi JOHAN bagi pertandingan Koir dan akan bertanding untuk mewakili Daerah Tampin untuk ke peringkat Negeri yang akan datang.





KARNIVAL BAHASA CINA SEKOLAH MENENGAH DAERAH TAMPIN 2013

Pada 9 April 2013, telah berlangsung Karnival Bahasa Cina Peringkat Sekolah yang telah diadakan di SMK Tunku Besar Tampin.  Pelbagai pertandingan telah dijalankan:-


PENYAMPAIAN NETBOOK  1 MALAYSIA
Fasa 3 bagi penerima netbook 1 Malaysia telah diserahkan kepada para pelajar yang terlibat.  Semoga kemudahan yang telah diberikan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar.  Antara pelajar yang telah menerimanya



 MAJLIS PERPISAHAN DENGAN GPK 1, PN NORAZIAH
Majlis telah diadakan bersama guru-guru dan kakitangan SMKTBT pada 21 Mac di A'famosa Resort pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan.  Pn Noraziah telah berpindah ke Daerah Seremban dan telah berkhidmat di SMKTBT selama 1 tahun 5 bulan. Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah YDP PIBG iaitu Tn Hj Fadzil bin A Bakar dan Mantan Pengetua SMKTBT yang lepas iaitu Pn Radiah binti Jonet.  Gambar kenang-kenangan bersama Pn Noraziah.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36

Pada 21 Mac 2013, SMKTBT telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 bersama Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penyampaian Baucer Buku 1 Malaysia.  Program telah berjalan dengan lancar. 






PROGRAM PELANCARAN NILAM 
DAN
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2013

(Posts 21 Mac 2013)
Pada 11 Mac 2013, telah berlangsung Program Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah.  Program  NILAM merupakan satu usaha KPM untuk membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.  Watikah Perlantikan Pemimpin PSS pula bertujuan memberi pengiktirafan kepada semua pelajar yang terpilih untuk menjadi Pengawas PSS.  Majlis ini diadakan untuk memberi motivasi yang  membina kepada pelajar-pelajar lain agar mencontohi keperibadian pemimpin di sekolah.



LAPORAN MSSDT

(Posts 19 Mac 2013)
11 - 14 Mac 2013 bertempat di SM Sukan Za'aba, Kuala Pilah, telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang MSSDT 2013.  Seramai 75 orang atlit sekolah telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara.  Jumlah pungutan pingat yang telah dikumpul oleh SMKTBT adalah 11 EMAS, 6 PERAK dan 9 GANGSA.  Seorang peserta olahraga SMKTBT iaitu MOHD HAIKAL ASYRAF B NORAZMAN telah dianugerahkan sebagai peserta terbail L18 dan OLAHRAGAWAN Kejohanan Balapan dan Padang MSSDT 2013.  Beliau telah mencipta rekod baru bagi acara Lompat Kijang iaitu sejauh 13.06m.  Rekod sebelum ini telah dicipta oleh Alfred Lai daripada SMKTBT dengan lompatan sejauh 12.83

Tn Pengetua Cemerlang telah menyampaikan Piala Kemenangan kepada olahragawan MSSDT di perhimpunan pagi 18 Mac 2013.



KARNIVAL BAHAS & PIDATO BA MELAYU PERINGKAT NEGERI 2013

(Posts 19 Mac 2013)
SMKTBT telah menjadi tuan rumah Karnival Bahas dan Pidato peringkat Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada 16 Mac 2013.  Daerah Tampin telah diwakili oleh SMK Taman Indah bagi pertandingan Pidato Ala Parlimen.  Pertandingan Pidato pula, daerah Tampin telah diwakili oleh Amiera Elfira bt Arfie dari SMKTBT dan Muhammad Firdaus b Othman dari STAR Gemas.  Keseluruhan program berjalan dengan begitu lancar.  Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Antara paparan menarik:-






PROGRAM GURU PENYAYANG
(Posts 18 Mac 2013)
 Pada 4 Mac 2013 yang lepas, telah berlansung PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG Peringkat Sekolah. 
 
Matlamat program ini adalah untuk membudayakan
amalan penyayang yang merupakan sifat professional guru dalam perhubungan dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
 Antara gambar-gambar menarik:-



Pada hari Khamis iaitu 28 Februari 2013, telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Tampin. Pihak sekolah telah menghantar peserta bagi menyertai Pertandingan Pidato KPM, Pidato Pra U, dan Pertandingan Bahas Ala Parlimen. Pemidato KPM, Amiera Eifra bt Arfie daripada 4 Intelek dan Pemidato Pra U, Mishalini Rajasegaran daripada Pra U 2 Sarjana masing-masing telah berjaya meraih gelaran Johan. Sementara itu barisan pembahas sekolah yang diwakili oleh Siti Nurraihan bt Rosli, Nur Azmina bt Abdul Aziz dan Mohd Hafiz , kesemuanya daripada kelas 4 Intelek telah berjaya mendapat tempat ketiga bersama. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan akan diadakan pada 16 Mac 2013 dan sekolah kita akan menjadi tuan rumah.



Dalam Kejohanan Hoki Enam Sebelah Bawah 16 Tahun NSHA 2013, Pasukan TBSS berjaya mendapat Johan, Naib Johan dan tempat keempat. Augerah yang berjaya digondol ialah penjaring gol terbanyak, pemain terbanyak perlawanan akhir, penjaga gol terbaik, dan pemain terbaik. Terima kasih dan tahniah kepada semua pemain... Gambar-gambar akan dimuat naik kemudian untuk paparan semua.



THE STAR MIGHTY MINDS NEGERI SEMBILAN STATE CHALLENGE
JOHAN PERINGKAT NEGERI MEBAWA PULANG HADIAH WANG TUNAI RM 5000 DAN SEBUAH TV LED 42 INCI.. Sekolah telah menghantar sebanyak 8 pasukan dan kesemua pasukan yang bertanding adalah seramai 120 pasukan. Pasukan yang dianggotai oleh Praveena Subramaniam, Poonam Patel dan Melissa Goh telah berjaya mengalahkan pasukan-pasukan lain dengan jayanya....


MINGGU JALINAN MESRA PELAJAR 

TINGKATAN SATU 2013



































MINGGU INFORMASI TINGKATAN 4 2013







SEMINAR KEPIMPINAN KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN ANJURAN UNIT KAUNSELING BAGI TAHUN 2013














GPK Akademik dan GPK Koku sedang beri arahan


Ketua Rumah Payne....dgn anak2 buahnya

Acara Penutupan Majlis@Penyampaian Hadiah

Tuan Pengetua bersama salah seorang pemenang

Ni pun menang gak ni....


Pelajar Warming Up

 Rajinnya kakak form 6 ni kan

wajah ceria guru bertugas

gambar pekaragan asrama sebelum bermulanya aktiviti

wah! gembira nampak!!

Lawatan Pertama 2013
beratur dengan sopan nampaknya!

Ketua Rombongan-Pn. Nas sedang beri taklimat

Muzium Zoologi di UKM

Taklimat oleh kurator Muzium Zoologi


Pn. Halimah sedang menunggu giliran menulis nama dalam buku  pelawat

Galeri Warisan di UKM