Hari Anugerah Kualiti dan Jamuan Akhir Tahun 2013

Program ini telah dijalankan pada 25 September 2013 yang lalu di A Famosa resort, Melaka.  Pelbagai anugerah telah diberi kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan Gred Purata Sekolah pada periksaan PMR, SPM dan STPM 2012.  Selain daripada itu, anugerah juga telah diberi kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan pekerja swasta yang telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang mengikut kategori-kategori yang telah dipilih oleh para panel penilai.  TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua penerima ANUGERAH KUALITI 2013.  Semoga kejayaan ini terus menjadi penyuntik semangat untuk terus maju ke hadapan dan juga menjadi dorongan kepada warga sekolah untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang.

Tiada ulasan: