Kejohanan Padang & Balapan Peringkat Sekolah 2014

Pada Rabu 25 Jun 2014, sekolah telah menganjurkan kejohanan padang dan balapan kali ke 57 di Padang SMK Tunku Besar Tampin. Majlis perasmian penutup diadakan pada keesokan harinya iaitu Khamis 26 Jun 2014. Majlis perasmian penutup diserikan dengan pelbagai acara seperti 100 meter, 200 meter, 800 meter, 4 x 400 meter, 1500 meter, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi dan lompat jauh.
Acara di bahagikan kepada 4 kategori iaitu lelaki kelas 1, perempuan kelas 1, lelaki kelas 2 dan perempuan kelas 2. Rumah sukan yang terlibat ialah Rumah Al-Qadri, Rumah Payne, Rumah Ong Chin Boo, Rumah Raman dan Rumah Sulaiman. Kejohanan kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan guru. Pertandingan antara rumah sukan seperti khemah terbaik dan  perbarisan terbaik turut diadakan bagi menyerikan lagi kemeriahan hari sukan kali ini.
Olahragawan terbaik kelas 1 dinobatkan kepada Mohd Fitri dari kelas 5 Jujur manakala kelas 2 jatuh kepada Mohd Aiman dari tingkatan 2. Olahragawati kelas 1 pula milik Durga dari kelas 5 Jujur, manakal kelas 2 pula milik Saidatul Masyitah dari tingkatan 2 Arif. Johan rumah sukan jatuh kepada rumah sukan Al-Qadri dengan mengutip 17 emas, 7 Perak, dan 12 Gangsa. Manakala Rumah Payne menjadi naib johan dengan mengutip 13 emas, 11 perak dan 12 gangsa. Rumah OCB dan Sulaiman di tempat ketiga dan keempat masing-masing berkongsi jumlah emas yang sama iaitu sebanyak 8 emas. Rumah yang terakhir ialah Rumah Raman sekadar berpuas hati dengan 4 emas sahaja.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan kali ini secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga tahun hadapan menjadi penebus kekalahan dan kekecewaan kepada yang tidak menang. Majulah sukan untuk negara.

Tiada ulasan: