APA ITU FROG VLE (Virtual Learning Environment) @
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA ????
1BESTARINET
Melalui projek 1BestariNet, FrogAsia memperkenalkan masa depan
pendidikan kepada golongan pelajar, guru dan ibu bapa di Malaysia. Dengan
menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran
bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam
kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh
komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi
keperluan pengajaran dan pembelajaran.
MENTRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI INTERNET
FrogAsia, sebuah syarikat YTL, adalah syarikat pertama di dunia yang menyambungkan seluruh negara dalam satu platform pembelajaran tunggal yang berasaskan awan. Selain berkaitan teknologi, kami juga menyediakan penyelesaian yang tertumpu kepada usaha memanfaatkan internet bagi mengubah dunia pendidikan dalam kaedah yang bermakna. Persekitaran pembelajaran maya kami, Frog adalah mudah, menyeronokkan dan menarik – hal ini menjadi sebab mengapa seluruh dunia memilih Frog sebagai platform pilihan mereka.
FrogAsia memanfaatkan kepakaran dan rekod 13 tahun FrogTrade (UK) dalam mengintegrasi teknologi ke dalam sekolah, di samping bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu
rangkaian sosial untuk sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem
pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai
contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara
maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi
VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir
sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah
melalui Internet.
PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah
tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
P/S : Kepada warga SMK Tunku Besar Tampin yang masih belum mengaktifkan akaun Frog VLE, sila klik pada pautan "activate account" di sebelah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan