Pengawas Sekolah

Tahniah kepada para pengawas atas pelantikan anda pada 20/1/2014.
Badan Pengawas Sekolah terdiri daripada 91 orang iaitu 49 pelajar dari Menengah Rendah (Tingkatan 2 hingga Tingkatan 3) dan 42 orang pelajar dari Menengah Atas (Tingkatan 4,5 dan Pra-U) termasuk 10 Exco dan 7 AJK Tertinggi.

Pelantikan pengawas sekolah merupakan program tahunan bagi pengawas-pengawas di SMK Tunku Besar Tampin. Pelantikan bukanlah secara automatik. Matlamat majlis pelantikan ini diadakan adalah untuk memberi mandat dan pengiktirafan rasmi kepada para pelajar yang memegang jawatan Pengawas Sekolah.

Kemudian disusuli dengan kursus kepimpinan pengawas yang telah diadakan pada 24 sehingga 25 Januari 2014 di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Pengawas yang terlibat adalah seramai 85 orang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga Pra-U manakala guru pengiring adalah seramai 6 orang. Kursus ini bertujuan melatih sifat kepimpinan di kalangan para pengawas melalui aspek mental, fizikal, dan sahsiah agar setiap pengawas mempunyai sifat jati diri dalam membantu sekolah mengendalikan disiplin pelajar. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada badan pengawas sekolah. Semoga cekap dalam menjalankan tugas.

Tiada ulasan: