Hari Kualiti 2015

Pada Rabu 29 Julai 2015, sekolah akan mengadakan Hari Kualiti Peringkat Sekolah bagi meraikan sumbangan bakti guru dan staf sokongan dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Program akan dilaksanakan di Dewan Besar sekolah pada jam 2.30 petang. Pelajar dibenarkan pulang seawal jam 1.15 Tengah hari. Harap Maklum.

KARNIVAL BAHAS BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2015

SMK Tunku Besar Tampin akan mengelolakan Karnival Bahas Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 2015 pada Selasa (7/4/2015) dan Khamis (9/4/2015). Sebanyak 8 buah sekolah wakil setiap daerah iaitu Seremban 1, Seremban 2, Port Dickson, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Rembau dan Tampin akan mengambil bahagian.


Kemeriahan Hari Terbuka

Smk Tunku Besar Tampin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan memeriahkan Hari Terbuka SMK Tunku Besar Tampin pada Sabtu 14 Mac 2015 yang lalu. Disini disertakan beberapa gambar sepanjang Hari Terbuka yang telah berlangsung.















Semoga semangat perpaduan antara warga sekolah, ibu bapa, dan masyarakat Tampin khasnya sentiasa terjalin dan kekal selamanya demi pembangunan TBS. =)

HARI TERBUKA SMK TUNKU BESAR TAMPIN

SMK Tunku Besar Tampin akan mengadakan HARI TERBUKA pada Sabtu 14 Mac 2015. Program ini merupakan program 3 dalam 1 di mana terdapat 3 buah program dijalankan pada hari tersebut iaitu Hari Terbuka, Hari Anugerah dan Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 38. Penyampaian anugerah kecemerlangan untuk pelajar cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2014 Tingkatan 1, 2 dan 4, PT3 2014, SPM 2014 dan STPM 2014. Selain itu, pelbagai gerai jualan makanan dan kupon serta pameran akan turut diadakan. Oleh yang demikian, pihak sekolah menjemput semua guru, pelajar, ibu bapa, Alumni TBS,  dan komuniti setempat untuk hadir ke Hari Terbuka SMK Tunku Besar Tampin. Hadir, Jangan Tak Hadir.

Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2015

Selamat kembali ke sekolah untuk semua guru dan pelajar pada 12/1/2015 setelah seminggu penangguhan sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 5/1/2015 disebabkan bencana banjir yang melanda negeri-negeri disebelah pantai timur Malaysia. Diharapkan sesi persekolahan tahun 2015 ini, pelajar-pelajar dapat menanamkan azam untuk memperbaiki kecemerlangan dari aspek akademik dan sahsiah diri.

LAWATAN PENANDA ARAS

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA GPK DAERAH TEMERLOH PADA 11 NOVEMBER 2014. SELAMAT DATANG!

SPM & STPM 2014

WARGA SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM KEPADA CALON 2014



MAJLIS GRADUASI KALI KE-2 2014

SMK Tunku Besar Tampin akan mengadakan Majlis Graduasi untuk para pelajar Tingkatan 5 dan Pra-U pada 29 Oktober 2014 di A.Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka jam 1.45 tengah hari. Majlis graduasi kali kedua ini diadakan bagi meraikan pelajar  yang akan menamatkan zaman persekolahan di sekolah ini. Jasa dan sumbangan para pelajar Tingkatan 5 dan Pra-U diraikan dalam majlis ini sebagai lambang penghargaan atas kecemerlangan yang diciptakan sepanjang sesi persekolahan.

Kejohanan Padang & Balapan Peringkat Sekolah 2014

Pada Rabu 25 Jun 2014, sekolah telah menganjurkan kejohanan padang dan balapan kali ke 57 di Padang SMK Tunku Besar Tampin. Majlis perasmian penutup diadakan pada keesokan harinya iaitu Khamis 26 Jun 2014. Majlis perasmian penutup diserikan dengan pelbagai acara seperti 100 meter, 200 meter, 800 meter, 4 x 400 meter, 1500 meter, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi dan lompat jauh.
Acara di bahagikan kepada 4 kategori iaitu lelaki kelas 1, perempuan kelas 1, lelaki kelas 2 dan perempuan kelas 2. Rumah sukan yang terlibat ialah Rumah Al-Qadri, Rumah Payne, Rumah Ong Chin Boo, Rumah Raman dan Rumah Sulaiman. Kejohanan kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan guru. Pertandingan antara rumah sukan seperti khemah terbaik dan  perbarisan terbaik turut diadakan bagi menyerikan lagi kemeriahan hari sukan kali ini.
Olahragawan terbaik kelas 1 dinobatkan kepada Mohd Fitri dari kelas 5 Jujur manakala kelas 2 jatuh kepada Mohd Aiman dari tingkatan 2. Olahragawati kelas 1 pula milik Durga dari kelas 5 Jujur, manakal kelas 2 pula milik Saidatul Masyitah dari tingkatan 2 Arif. Johan rumah sukan jatuh kepada rumah sukan Al-Qadri dengan mengutip 17 emas, 7 Perak, dan 12 Gangsa. Manakala Rumah Payne menjadi naib johan dengan mengutip 13 emas, 11 perak dan 12 gangsa. Rumah OCB dan Sulaiman di tempat ketiga dan keempat masing-masing berkongsi jumlah emas yang sama iaitu sebanyak 8 emas. Rumah yang terakhir ialah Rumah Raman sekadar berpuas hati dengan 4 emas sahaja.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan kali ini secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga tahun hadapan menjadi penebus kekalahan dan kekecewaan kepada yang tidak menang. Majulah sukan untuk negara.

Pertandingan Pesta Muzik Peringkat Daerah Tampin 2014

Pertandingan Pesta Muzik peringkat daerah Tampin telah diadakan pada 8 April 2014 di SMK Bukit Rokan. Tahniah kepada semua peserta pertandingan Pesta Muzik peringkat daerah Tampin yang mewakili SMK Tunku Besar Tampin kerana semua penyertaan yang dihantar, mendapat tempat.
















1. Koir yang disertai oleh 35 orang pelajar, mendapat johan.
2. Nyanyian solo minus one oleh Melissa Goh Seen Pei dengan lagunya bertajuk "Gemilang", mendapat johan.
3. Tarian yang disertai oleh 10 orang pelajar, mendapat johan.
4. Nyanyian duet oleh pelajar Tia dan Adam dengan lagunya bertajuk "Memori Berkasih" mendapat tempat ketiga.
5. Puisi & Lagu yang disertai oleh 7 orang pelajar juga mendapat tempat ketiga.

Tahniah dan terima kasih juga kepada guru yang melatih dan mengiringi iaitu Pn. Tan Chew Yeat, Pn. Aznom, En. Goh Say Heng, Cik Rafidah, Pn Siti Hajar, dan guru-guru yang terlibat dalam memberi latihan dan sokongan kepada pelajar .Teruskan usaha mewakili sekolah. TBS sentiasa di hadapan.Syabas!

APA ITU FROG VLE (Virtual Learning Environment) @

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA ????

1BESTARINET

Melalui projek 1BestariNet, FrogAsia memperkenalkan masa depan pendidikan kepada golongan pelajar, guru dan ibu bapa di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.

MENTRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI INTERNET

FrogAsia, sebuah syarikat YTL, adalah syarikat pertama di dunia yang menyambungkan seluruh negara dalam satu platform pembelajaran tunggal yang berasaskan awan. Selain berkaitan teknologi, kami juga menyediakan penyelesaian yang tertumpu kepada usaha memanfaatkan internet bagi mengubah dunia pendidikan dalam kaedah yang bermakna. Persekitaran pembelajaran maya kami, Frog adalah mudah, menyeronokkan dan menarik – hal ini menjadi sebab mengapa seluruh dunia memilih Frog sebagai platform pilihan mereka.
FrogAsia memanfaatkan kepakaran dan rekod 13 tahun FrogTrade (UK) dalam mengintegrasi teknologi ke dalam sekolah, di samping bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia.

Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

P/S : Kepada warga SMK Tunku Besar Tampin yang masih belum mengaktifkan akaun Frog VLE, sila klik pada pautan "activate account" di sebelah.

Pengawas Sekolah

Tahniah kepada para pengawas atas pelantikan anda pada 20/1/2014.
Badan Pengawas Sekolah terdiri daripada 91 orang iaitu 49 pelajar dari Menengah Rendah (Tingkatan 2 hingga Tingkatan 3) dan 42 orang pelajar dari Menengah Atas (Tingkatan 4,5 dan Pra-U) termasuk 10 Exco dan 7 AJK Tertinggi.

Pelantikan pengawas sekolah merupakan program tahunan bagi pengawas-pengawas di SMK Tunku Besar Tampin. Pelantikan bukanlah secara automatik. Matlamat majlis pelantikan ini diadakan adalah untuk memberi mandat dan pengiktirafan rasmi kepada para pelajar yang memegang jawatan Pengawas Sekolah.

Kemudian disusuli dengan kursus kepimpinan pengawas yang telah diadakan pada 24 sehingga 25 Januari 2014 di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Pengawas yang terlibat adalah seramai 85 orang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga Pra-U manakala guru pengiring adalah seramai 6 orang. Kursus ini bertujuan melatih sifat kepimpinan di kalangan para pengawas melalui aspek mental, fizikal, dan sahsiah agar setiap pengawas mempunyai sifat jati diri dalam membantu sekolah mengendalikan disiplin pelajar. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada badan pengawas sekolah. Semoga cekap dalam menjalankan tugas.
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 37 dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar (PMR) akan diadakan pada Sabtu 15 Februari 2014 jam 8.30 pagi di Dewan Besar. Perasmian oleh YB Tuan Mohd Isam b. Mohd Isa, ADUN Gemencheh. Sabtu ini merupakan hari persekolahan. 

Majlis Graduasi 2013

Majlis Graduasi ini adalah kali pertama diadakan di SMKTBT. Majis berlangsung pada 31 Oktober 2013 bertempat di UniKL Micet, Taboh Naning.  Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan sangat meriah. Seramai 168 orang pelajar SPM 2013 menyertai majlis ini

MIGHTY MINDS

SMKTBT telah memenangi TEMPAT KE-4 pertandingan Mighty Minds peringkat Kebangsaan 2013.
TAHNIAH........

PERTANDINGAN MIGHTY MINDS CHALLANGE
Tarikh:  25 - 27 oktober 2013
Tempat:  Cititel Mid Vally
Guru: En Goh Say Heng
Pelajar:  Melissan Goh Sein Pei
           Poonam Rajes Patel
                       Praveena a/p Subramaniam
Pencapaian:  Tempat ke-4 (Kebangsaaan)